Girls day out




15/5/2016
3.00 PM

Hye ^_^

Hello uolls ! Mieyra hari nie nak buat #Throwback sikit yang kelmarin punya story. Mieyra nak tulis semalam lagi sebenarnya tapi tak sempat. Biasa lahh .. Mieyra kan busy. Busy tak buat pape. Hak3 ~

Kelmarin Mieyra pergi satu tempat nie kan .. Tempat nie sangat lahh famous bagi orang Kelantan. Sape2 blogger dari Kelantan tue mesti tahu punya tempat nie. Haa .. Cuba teka ? 

Tak payah teka lahh Mieyra jawab. Mieyra pergi kat Pantai Senok kat Bachok. Tempat nie lahh Mieyra dengaq orang dukk bercerita. Bercerita ape ? Haaa ! Mieyra dengaq orang dukk cakap tempat nie ala-ala Nami Island kat Korea. So .. Kelmarin is the first time lahh Mieyra jejak kaki kat sana dengan kengkawan Mieyra yang lain. At first nak tahu lahh jugak betul ke pantai nie ala-ala Pulau Nami tue .. Tapi bila dah jejak kat sana Mieyra rasa .. Okeyy .. Ala-ala je kan. Hampir serupa tapi tak sama ^^


Kebetulan pulak rancang nak pi sana last minit. Diorang whatsup call Mieyra suruh Mieyra cepat-cepat siap sebab dapat kenderaan. Diorang memang suka rancang last minit. Mieyra pun time tu jugak lahh kalut pakai baju gosok tudung pakai make up bagai .. Huhhh !

Nami Island, Korea 

Nami Island, Kelantan 

Perbezaan Pulau Nami kat Korea and "Pulau Nami" kat Kelantan. Of course lahh yang Korea punya lagi menarik kan. Dah kata pun "ala-ala" kan. Kalau kat Kelantan nie pokok yang tersusun cantik tue pokok Rhu .. Kalau kat Korea Mieyra tak tahu pulak pokok hape .. Hehhhehe ..

Tapi pemandangan kat sini memang best lahh .. Dengan pokok yang tersusun cantik. Lepas tue pulak ada pantai .. Rasa nyaman sangat. Sape yang rasa macam nak release stress tue boleh lahh datang sini. Kalau datang sini tak terasa nak balik pun. Sebab boleh menikmati pemandangan, boleh selfie .. Semua boleh .. Macam Mieyra kelmarin pergi sana buat picnic kecik-kecik je. Air and makanan semua beli tapau makan kat sini. Nah ! Mieyra belanja gambar kat sana ..






Short vacay nie sepatutnya bertujuh .. Tapi yang sorang tu tak boleh datang sebab dia praktikal. Bila lahh nak spend time complete bertujuh .. Huhhuhuh ..









I had a great time with them .. Ye lahh .. Bila cuti semester macam nie jehh boleh jumpa diorang. Balik kolej dah tak boleh dah. So gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Thanks korang !

Kbaii :)
 

Dream High




13/5/2016
12.05 PM

Hye ^_^


Hari tue adalah kawan Mieyra nie paksa Mieyra tengok satu drama korea nie. Nama drama nie ialah Dream High. Kawan Mieyra cakap cerita dia best sangat-sangat. Kebetulan pulak time tue Mieyra baru habiskan drama korea yang tengah hot sekarang nie. Alahh .. Descendants Of The Sun tue. Korang mesti tengok jugak kan drama tue. Best betul tak ?  Tapi entry nie Mieyra nak cerita tentang dream high bukan dots .. Heheheww

Mieyra nie jenis yang susah sikit lahh nak move on bila tengok drama korea nie. Even .. Kalau Mieyra dah habis tengok semua episode pun Mieyra bukak Utube dengar lagu or tengok behind the scene diorang. Nampak tak susah sangat Mieyra nak move on. So .. Bila kawan Mieyra paksa suruh tengok dream high tue i feel like .. Err ~ Ingat nak move on dengan dots tue dulu. Tapi dia paksa jugak so nak tak nak Mieyra tengok lahh .. Sobss sobss T_T

Bila dah tengok episode satu sampai lima drama dream high nie takde lahh ketagih sangat. Cuma suka tue suka lahh sebab agak "best" jugakk. Then episode yang seterusnya tue Mieyra terus ketagih. Tak tau lahh kenapa. Mungkin sebab makin banyak 'gimik' dalam drama nie. Tue yang best.

Pelakon Dream High 

Drama nie dah lama keluar sebenarnya. Kalau tak silap pada tahun 2010 rasanya. Mieyra rasa peminat Kpop mesti dah tengok drama nie betul tak ? Sebab pelakon drama nie pun terdiri daripada members 2 PM which is group yang famous lahh time dulu-dulu. Mieyra baru tengok. Okeyy Mieyra memang ketinggalan zaman ~,~  Actually cerita nie dah lama ada dalam hardisk tapi baru tengok. Tue pun sebab kawan Mieyra yang paksa kalau tak memang cerita nie bersarang jehh kat dalam hardisk.

Mieyra paling suka lagu main dia. Lagu dia memang best gilahh ! Tajuk lagu tue pun Dream High jugak. Diorang berenam yang nyanyi. Ape yang buat lagu tue best is the meaning of the song. Memang lahh lagu korea tak faham ape yang diorang nyanyi. Tapi Mieyra tengok english punya version. Bila dengar yang english punya meremang bulu roma aku. Macam mana nak cakap erkk ? Lagu tue memberi makna yang mendalam sedalam dalam lautan yang luas terbentang lahh. Cehh ! Aku guna ayat hiperbola habihh bak hang .. Tak caya cuma cari jehh kat utube hayati betul-betul makna lagu tue.

Mieyra suka tentang drama nie sebab dia menceritakan macam mana kita nak capai impian kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa sesuatu yang kita impikan tue macam sukar nak capai, tapi kalau ada usaha tak mustahil dapat capai impian tue. Walau banyak mana pun halangan, selagi kita tak putus asa, tak mudah menyerah, kita boleh dapat apa yang kita impikan .. 
Tue lahh pengajaran yang Mieyra ambil dari drama Dream High nie. So .. Apabila kita mengimpikan sesuatu, tak kisah setinggi mana pun impian tu kita mesti usaha untuk dapatkannya. Dream High !

Kbaii :)

The Result




12/5/2016
1.12 PM

Hye ^_^

Hari nie semua budak Uitm dapat result last semester masing-masing. Same as me lahh. Ada whatsup masuk semalam cakap result boleh dapat pukul 9 hari nie. Tapi semua check result diorang dalam student portal pukul 12. Mieyra tahu pun sebab baca dalam group course Mieyra. *Aku perhati dari jauh jehh Mieyra pun sama. Banyak kali Mieyra refresh Mieyra punya student portal and gmail result tak masuk-masuk. Berdebor giler Mieyra time tu. Sampai tak boleh nak tido. Errr~ Sebenarnya Mieyra memang tak tido selagi jam tak sampai pukul 2 hehehe ..

So .. Alang-alang menanti result yang tak keluar lagi tu Mieyra pun download drama korea. Sambil menyelam minum air kan. Lagipun wifi rumah laju time tue sbb pagi membuta dengan aku sorang yang menjadi burung hantu dalam rumah nie sebab tak tido lagi. Then .. Banyak pulak wssap masuk dari group sana group sini. Mieyra sbb malas nak manyampuk dalam group off data telefon dengan harapan bila bukak nanti tak hang phone sebab banyak noti wssap ~,~

Sambil-sambil mendownload tue Mieyra bukak lahh encik utube dengar lagu apa yang patut. Encik utube lahh yang temankan Mieyra semalam. Thanks Encik utube. Hahaha. 

Dalam pukul 2 lebih gitu Mieyra bukak balik wifi phone Mieyra. Then .. Datang lahh email result yang ditunggu-tunggu. Memang rasa tak nak bukak sebab takut. Tapi kalau fikir-fikir kan balik. Result tue bukan hantu pun nak takut buat ape kan. So .. Dengan lafaz bismilllah Mieyra bukak lahh email tu. 

Kalau orang lain .. Maybe diorang akan tengok pointer dulu dapat berapa. Betul tak ? Sape tengok pointer dulu angkat kening. Hehehe. Tapi kalau Mieyra tak. Dari semester 1 Mieyra tengok course Mieyra dulu dapat berapa. A or B or C or D. Lulus ke gagal. Sebab benda first Mieyra nak tahu is kena repeat ke tidak. And ..... Alhamdulillah takde yang repeat. Syukur kepadaMu Ya Allah. Lepas tu baru lahh tengok pointer. Pointer ... Ermmm .. Okey sikit dari semester lepas. Means that ponter Mieyra tujukkan bahawa dari semester pertama hingga kedua meningkat. Syukur untuk kali kedua.

Nampak tak kat situ Mieyra tak peduli pun psl pointer Mieyra. Hahaha. Yang penting bagi Mieyra takde yang repeat. Itu jehh. Sebab kalau repeat Mieyra perlu tunggu satu tahun lagi baru repeat subjek yang fail tu. Mau tak nangis aku. Tapi setakat nie Alhamdulillah takde istilah repeat.

Gmbr nie takde kena mengena dengan entry tapi nak letak jugakk sebab gmbr nie jehh yang ada kat desktop lappy Mieyra hee ^_^

Sebut pasal pointer. Mieyra rasa benda alahh nie lahh yang buat Mieyra rasa tak best. Ye lahh.. Setiap student mempunyai pointer yang berbeza-beza every sem depends on their effort straggle for final. Isn't it ? And .. Disebabkan pointer yang berbeza-beza tue lahh orang boleh judge diri kita samada kita nie excellent student or not. Yang dapat dekan tue lagi lahh. 

Bagi pendapat Mieyra. Pointer tu tak menjamin apa-apa pun sebenarnya. Belum tentu kau study dapat pointer tinggi-tinggi terus dapat kerja. Kalau Tuhan cakap tu bukan rezeki kau semestinya tak !  Kalau study semata-mata nak dapat pointer yang tinggi-tinggi so boleh berbangga bahawasanya kita lahh yang paling bijak itu perkara yang sia-sia. Set mind tu semula, study kerana Allah. Study sebab kita nak belajar ilmu-ilmu Allah. Umi Mieyra selalu cakap "Ilmu lahh yang membezakan kita dengan orang lain. Makin banyak ilmu, orang akan hormat kita." Mieyra tak tahu sejauh mana kebenaran tue tapi Mieyra pegang kata-kata tu.

 Mieyra tak suka jenis manusia yang suka membandingkan pointer sendiri dengan pointer orang lain. Takut hilang rasa syukur tu. Bersyukur dengan apa yang kita dapat kerana sebenarnya apa yang kita dapat tue lahh usaha kita sepanjang satu semester tu. Macam Mieyra sem lepas bukan study hard sangat. Kerja aku tido jehh memanjang. Balik kelas tido, petang tido malam tido. Yup. I admit that i'm a lazy person. Kinda ..  Last dapat result yang macam tu Mieyra terima. Takde lahh teruk sangat result tue. Tapi sekurang-kurangnya itu usaha Mieyra. Usaha Mieyra yang ciput tu dapat menaikkan pointer Mieyra sedikit demi sedikit. Mieyra tak mengharap dekan cuma Mieyra harap setiap sem Mieyra menunjukkan peningkatan. Perlahan lahan mungkin Mieyra akan dapat pegang anugerah dekan nanti. Betul tak :)

So .. Tahniah kepada student yang dapat dekan tu. Yang tak dapat kita sama-sama usaha supaya kita jugak terpilih suatu hari nanti. Sape yang nak share pointer korang boleh komen kat bwh hee ^^  Positive mind k. Fighting for the next semester !

Kbaii :)



 

Wordless Wednesday #1




4/5/2015
2.23 PM

Hye ^_^


Paling best bila kawan kau buat lawak yang tak berapa nak lawak tapi dia ketawa mengalahkan pontianak. Kau sebenarnya gelak sebab dia yang gelak bukan sebab lawaknya. Hahaha ~

Kbaii :)

Giveaway | Mei By Ann



3/5/2016
1.38 PM
Hye ^_^
Assalamualaikum wbt..hii
Bismillahirahmanirahim..

http://rennyenqop.blogspot.my/2016/04/giveaway-mei-by-ann.html

Klik banner untuk menyertai


Senarai Sponsor:
Ann , CikNurul , MissBanu , AmirahAzman , UmieYana , #JMbelog , Azira , Farrah


Kbaii :)

Segmen | Pencarian pertama kali bloglist by DyaNadia Reza




3/5/2016
1.06 PM

Hye ^_^


Klik banner untuk join :)

Mieyra tag : Farah & Raihanah  

Kbaii :)

Segmen | Mini segmen by Syaidah Seha




3/5/2016
12.48 PM

Hye ^_^


Klik banner untuk join :)

Kbaii :D

Headache go away !




2/5/2016
8.36 PM

Hye ^_^

Selamat malam bloggers sekalian alam. Pejam celik pejam celik dah masuk hari kedua bulan may. Time fly so fast. And .. Pejam celik pejam celik jugakk, dah nak balik Bertam T_T. Tak nak ! Tak puas lagi bercuti kat rumah nie. Tak puas lagi tengok tv tak puas lagi tengok cerita best2. Huk3 .. Tapi .. Bila tiba masanya Mieyra kena balik jugak. Hurmm ~ Sobb sobb ~~

Hari nie seharian Mieyra menghabiskan masa Mieyra atas katil jehh. Kenapa ? Sebab penyakit Mieyra tetiba pulak datang 'melawat' Mieyra hari nie. Penyakit ape ? Hahaha .. Penyakit migrain tetiba pulak datang hari nie. Korang tahu kan migrain tu ape ? Kalau tak tahu mehh nak kabo .. Migrain nie sakit kepala yang teramat sangat. 

Migrain nie jugak ada symptom dia. Setiap individu berbeza kalau ada penyakit migrain nie. Like me, symptom migrain tu datang pandangan Mieyra macam kabur sikit. Bukan nak pengsan ke hape. Cuma tak nampak. Lebih kurang macam tu lahh. Lepas hilang kabur tu lahh baru datangnya sakit kat bahagian kepala tu.

Sape yang ada penyakit migrain cerr komen Mieyra nak tengok. And kalau korang migrain ape yang korang buat. Semestinya yang 'sepenyakit' macam Mieyra akan tahu macam mana rasa sakit tu betul tak ? Bila rasa sakit tu datang rasa macam ... Nak hantuk jehh kepala kat dinding. Betul tak? *Tapi Mieyra tak pernah buat macam tu. Aku sayang lagi kepala aku nihh. Hee ~*

Kalau Mieyra mengalami migrain tu. Biasanya Mieyra makan ubat yang doktor bagi kat Mieyra. Ada empat ketul ubat semuanya and Mieyra perlu makan semuanya .. Ubat tue kuat tau. Kalau makan biasanya akan rasa mengantuk then tertidur lahh .. Lepas bangun dari lena yang panjang baru lahh hilang rasa sakit tu. Believe me if i don't sleep after eat the medicine i still get the headache. Sakit wooo ~ *Maksud Mieyra by hook or by crook Mieyra kena tidur jugak*



Mieyra actually puasa tau hari nie. Dah sampai separuh hari dh pun. Terpaksa berbuka sebab Mieyra dah tak tahan sangat. Sayang wehh puasa aku ~,~ Mieyra cakap kat umi Mieyra nak bukak puasa then Mieyra cakap Mieyra migrain. My mom ask me why ? Sebab tetiba jehh sakit. Takde angin takde ribut tetiba migrain. *Memang takde angin ke ribut sebab sekarang musim kemarau ~,~*

But .. Memang lahh .. Dua tiga hari nie Mieyra memang stress sikit lahh. Macam2 masalah datang menyebabkan Mieyra stress. Orang migrai nie tak boleh stress. Bukan setakat stress jehh tak boleh. Banyak lagi pantang larang dia. Macam .. Tak boleh berdiri dekat tengah panas lelama. Haa ! Sebab tu kawan2 aku panggil aku puteri lilin nak habak maii. Puteri lilin pun boleh .. Hahah ~

Ape pun, i'm getting better. Ye laa ..Kalau tak better takkan aku hadapnya laptop kesayangan nie. Tido lebih baik. Tapi tak tau lahh Mieyra boleh tido ke tak malam nie sbb hari nie dah banyak sangat tido. Kalau tak boleh tengok cerita lahh gamaknya sampai pagi. Esok Mieyra nak puasa. Ganti yang hari nie punya. Sayang gila puasa aku ! Adoii ..

May is my favorite month ! Guess why ? Hahaha :)

Kbaii :D