Giveaway | Mini giveaway By "Si Chubby"




15/1/2016
3.19 PM

Hye  ^_^


Nak join klik banner k :D

Sebagai syarat penyertaan si chubby bagi satu soalan untuk dijawab. Soalannya adalah :

______________________________________

Apa impian korang yang sebenarnya ? And apa usaha korang untuk mencapai impian tu ? Kalau tak tercapai, apa korang akan lakukan?

______________________________________

Okeh impian Mieyra ada banyak sebenarnya. Cuma ada 2 main impian yang memang Mieyra target and nak capai impian tue. First, Mieyra nak nanti 10 tahun akan datang Mieyra adalah seorang yang berjaya dalam apa jua kerjaya yang Mieyra cuburi. Tak kira apa pun bidang tue asalkan Mieyra dapat jadi seorang yang berguna to my parents. Dapat hantar diorang pergi haji or umrah. Nak dapat rumah yang besar n nikah with someone that i love him very much. Dapat anak yang cantik n hensem. Cehh ! Hahahaha. Tapi betul lahh. Tue impian Mieyra. Impian aku suka hati aku lahh kan. 

Second, before my first dream happened. I just want to travel around the world with my lovely friends. Yup, travel termasuk dalam list impian Mieyra. Mesti ada yang tanya, kenapa dengan kawan? Kenapa bukan husband kan? Okeh ! Sebelum nikah mesti lahh Mieyra nak enjoy dulu dengan kawan Mieyra. Nanti bila dah kawin dah tak boleh nak buat semua tue. Dah tak boleh hangout sama-sama memandangkan kerja sebagai wife yang perlu dipikul. So.. Dengan husband tue lain cerita pulak. Sebelum nie pun Mieyra pernah travel dengan diorang. Pergi Langkawi. And that was my first time travel with them i felt very excited. Mieyra ada tulis kat SINI dan SINI. Kalau sudi baca lahh ^^ Tapi yang first time tue tak cukup lagi. Just like i said, i want to travel around the world with them. Nak pergi luar negara pulak untuk next vacay. In Sha Allah ^^

_____________________________________

Mieyra nak tag : Anis & Izyan

______________________________________

Kbaii :) 

Camping dot dot




14/1/2015
9.02 PM

Hye ^_^

Hello bloggers sekalian alam. Dah lama Mieyra tak menjejakkan kaki ke sini. Ehh ! Kaki ke ? Kaki aku sekarang nie kat lantai.. Err~ Krikk krikk krikk. Puncline tak mengena ~,~

So here i am. Di depan laptop kesayangan jari jemari yang halus lembut nie tengah menari-nari di atas keyboard setelah seminggu tidak menari sedemikian. Biasa lahh kan. Seminggu tak bukak sebab ya. I'm the busy person here. Busy dengan kelas, busy dengan assignment n so on. Alahh ! Biasa lahh tue. Student kan. Sudah biasa update blog seminggu sekali. Kepada bloggers yang baru follow tue, blog nie masih active. Cuma empunya blog nie saje yang passive. Hahahaha

Dalam entry yang sebelum nie pun dah banyak kali Mieyra tulis yang kelas Mieyra setiap minggu memang pack macam sardin. Terutama setiap hari selasa n rabu. Rasa macam kalau boleh dalam seminggu dah tak nak lalui hari tue.

__________________________________________

 Tapi dalam banyak-banyak minggu, entah kenapa Mieyra rasa minggu nie lahh yang paling memenatkan bagi Mieyra. Huh ! Memang penatnya tak boleh nak bagitahu kat orang. Serius ! Start hari Selasa lagi kelas pagi sampai petang. Petang tue buat experiment yang memeningkan kepala hotak aku dengan pelbagai jenis kimia dalam lab tue. Habis lab pergi kor pulak sampai lahh pukul 7. Malam tue berhajat nak buat lab report, siapkan awal2 supaya tak susah kemudian hari tapi tak tercapai sebabnya ... Mieyra kena bincang tentang final semester projek. Nak bincang tue bukan senang nak habak maii. Bincang punya bincang sampai lahh pukul 12 lebih then tido lahh.

Hari rabu pulakk kelas pack jugak pagi sampai petang. Jam 5 lebih baru habis kelas. Paling tak best bila projek yang kitorang bincangkan malam tue, bila bagitahu kat lecturer dia macam tak suka dengan pendapat kitorang. Sekarang Mieyra faham lahh macam mana perasaan student yang projeknya kena reject. Memang stress gila beb nak pikir projek lain pulak. But, everything going ok. Even know projek tue kena reject.

Hari nie pulak bersamaan hari khamis kelas Mieyra habis pukul 2. Nak balik bilik tue punya lahh susah redah hujan bagai. Berbasahan lahh daku terkena titisan-titisan air hujan itu. Sampai bilik mandi then keluar pulak pergi beli barang dengan gang2 Mieyra. Membeli barang tue bukan sekejap ye tuan2 dan puan2 sekalian. Tambah2 pulakk kalau dengan perempuan. Memang agak lama lahh ! Lebih kurang 6 lebih baru sampai bilik then sampai lahh sekarang. 

________________________________________

Nampak tak sepanjang tiga hari termasuk hari nie dah boleh buat satu essay cerita. Hahaha. Mieyra memang agak letih. Tapi aku gagahkan jua jari-jari ini untuk menaip. Lepas nie, akan ku layari bahtera mimpi-mimpi nan indah memandangkan aku takde kelas esok hari. Yuhuuu !

Cerita pasal membeli barang tue kan. Tujuan kitorang keluar tadi bukan untuk enjoy ke ape. Tadi Mieyra keluar pergi beli barang untuk pergi camping hujung bulan nie. Yup, camping. It is under kor so kitorang wajib pergi camping tue. It is for our carry marks for this semester. Tima mula-mula jurulatih sebut pasal camping tue dah rasa macam errr.. Lagi-lagi bila sebut camping dalam hutan. Berkawan dengan KERAni bagai. You get me right ? Mieyra tarik nafas panjang kerana tue. 


Yup, bagi setengah orang dia suka dengan benda alah nie. Suka dengan aktiviti lasak macam nie. Suka naik turun bukit panjat sana lompat dalam air bagai. Yup, i admit that is such a fun outdoors activities. Mieyra pun suka tengok variety show korea tue tajuk dia "Lost of the jungle" yang diorang masuk hutan tue. Fun sangat. Tapi Mieyra suka tengok jehh. Mieyra tak suka alaminya sendiri.

 Bagi korang yang baca nie mesti akan fikir yang Mieyra nie kolot lahh ape lahh. Tapi memang itu sifat Mieyra. Lantak p lahh depa nak kata apa. Tapi Mieyra memang tak suka masuk hutan. Sebab Mieyra nie mudah sakit. Mieyra ada migrain, Mieyra ada gastrik. Kadang2 penyakit Mieyra nie datang tak menentu tau. Kalau dia datang memang rasa nak pitam lahh ape lahh. Bukan Mieyra tak suka camping. Tapi disebabkan Mieyra mudah sakit Mieyra tak boleh aktif macam orang lain. 

Nak tak nak kena jugak pergi camping tue. Mieyra berharap pada ubat yang doktor bagi kat Mieyra jehh. Hope everything gonna be alright. I just hope that it will be the best camping ever. 

Terima kasih yang sudi follow blog Mieyra. Nanti Mieyra akan membalas kunjungan kalian. Kalau boleh klikk lahh nuffang sekali ye ^^ Hehehe


Kbaii :)

Friendship goals !



10/1/2015
5.16 PM
Hye ^_^


Mieyra boring sangat hari nie. Dari pagi Mieyra dukk siap pre lab untuk experiment minggu depan then sedikit assignment yang tak terbuat. Alhamdulillah.. Akhirnya siap jugakk. Lepas siap semua tue baru lahh rasa boring tak tahu nak buat ape. Bukak lappy. Bukak blog n berblogwalking. Ramai jugakk lahh blog yang Mieyra terjah. Korang yang baca entry nie mungkin salah satu blog yang Mieyra terjah betul tak? Kalau tak macam mane boleh sampai sini. Hehehehe..


Well, assignment untuk minggu nie dah beres. Tapi still boring. Tak tau nak buat hape deh ! Test kuiz berlambak minggu depan tapi Mieyra malas nak membaca. Asal bukak buku jehh mengantuk. Huh ! Nak study Mieyra memang liat sikit. Tapi bila rajin sangat dari pagi sampai petang sampai nk masuk tido pun Mieyra akan membaca. Kalau Mieyra rajin lahh. Hahahaha


Tengah main phone tadi .. Terr bukak galeri then terr tengok gambar-gambar lama. Then tetiba pulakk terr rindu kawan-kawan Mieyra yang kat kampung tue haa. Terr rindu pun ade ke ? Ade laa kot ! Pssttt ...


Tadaa ! They are all my gang, my buddies and my best friends.


Ermm .. We called ourselves as SAMABAT. Why SAMABAT? Hehehe... Sebab datangnya nama tue adalah dari nama kitorang. Kitorang takde huruf "H" tapi ada yang hurufnya "M" sahaja. Sebab tue "samabat". Means sahabat lahh. Mieyra sayang gilahh diorang nie. Kitorang kawan dari sekolah menengah lagi sampai lahh sekarang.. Dah tiga tahun. Betul lahh cakap orang *Orang mana Mieyra tak tahu Kalau kita nak tahu sahabat yang sebenar, lepas sekolah kita tengok sape yang still contact kita. Maka itulahh sahabat yang sebenar.

Sekarang kitorang stay jauh-jauh diantara satu sama lain. Macam Mieyra kat sinin diorang kat sinun. Yup.. A very very far distance. But, kitorang still contact each other. Whatsup, wechat ape semua kan hado. So, dari jauh pun kitorang blh chat.. 

Diorang jehh yang tahu perangai Mieyra nie macam mana. Kalau Mieyra ada masalah or tengah down, selain dari umi Mieyra akan cari diorang. Even kalau Mieyra sakit *contohnya migrain , kalau dengan diorang sakit Mieyra hilang. Or kalau tak hilang pun Mieyra jadi macam kuat sikit. Serius k. Dah banyak kali macam tue n Mieyra tak tahu kenapa. Mungkin miracle of friends.




Kalau Mieyra, asal balik kampung jehh mesti akan jumpa diorang walaupun sekali. Ape orang cakap .. Nak melepaskan rindu. Yup.. Lebih kurang lahh. Nak lepas rindu by hangout dengan diorang. Tapi biasanya kitorang lepas habis sekolah dah jarang kalau hangout sama-sama complete bertujuh. Ye lahh, ada jehh yang busy dengan kerja, tak balik cuti n sebagainya. Tapi, kalau kitorang keluar complete mula lahh perkara gila-gila yang kitorang buat. Nak besau panjang perangai still macam budak-budak .. Adehh !

Macam gambar kat atas tue, gambar tahun 2015 punya. Hujung tahun k. 31 Disember 2015. Kitorang keluar lepak sesama. Sambil celebrate anniversary yang ke-3 kitorang. Kenapa tak boleh kan? Boyfriend girlfriend boleh ada anniversary why not us ? *Jangan kecam saya  Hahaha

7 roses for 7 angels 


Dari pagi sampai lahh petang kitorang keluar. Petang tue kitorang pergi taman. Boleh pulakk lahh diorang buat surprice bagi bunga bagai. Mahu tak terharu aku dibuatnya. Nak nangis pun ada. First time dapat bunga n lagi yang lagi best, dapat bunga dari seorang sahabat. 

Mieyra rasa .. Hari yang Mieyra keluar dengan diorang adalah hari paling best dalam hidup Mieyra. Those memories means a lot for me n i keep it forever. 

Notes kepada yang ada dalam gambar di atas :
Kalau ada antara korang yang baca entry nie. Aku nak cakap terima kasih kerana menjadi sahabat aku. N semoga persahabatan nie kekal sampai bila-bila ~~


" A real friends walks in when the rest of the worlds walks out " -Walter Winchel 


Careless



9/1/2016
4.03 PM

Hye ^_^


Hello guys ! Happy weekend day ! Yeahh !! Weekend is the best day for student like me. Sebab nampak macam kurang sikit beban berbanding dengan hari-hari yang lain. Mana tak nye, hari lain bangun tido p kelas balik kelas makan solat then pergi kelas balik kelas solat study tido. Panjang lebar Mieyra tulis tanpa noktah. Hahaha. Betul laa .. Hari-hari yang ada kelas mana ada noktah kan. Pack dengan kelas. Lepas tue ada kuiz test bagai. Mana tak stress kite kan. Tapi .. Lumrah sebagai student kan. Nak tak nak kena terima kenyataan ..




Sebut tentang kuiz. Minggu lepas Mieyra ada kuiz organic chemistry. Satu-satunya killer subjek yang Mieyra carry untuk semester nie. Mieyra suka subjek nie, sebab organic chemistry berbeza sikit dengan chemistry yang original punya. Errr ~~ Banyak jugak perbezaannya. For example, chemistry original study semua jenis atom, element, compound semua tuh. Tapi kalau organic chemistry, kite study unsur-unsur Hydrogen, Carbon n Oxygen sahaja. Cehh ! Ada bakat jadi lecturer tak ? Hahaha..
Mana tahu kot2 ada yang tertarik menarik dengan subjek nie lepas Mieyra explain tadi. Hikkss. Ok dah ! Mieyra merapu lebih. Heheheh ~~


Mieyra suka subjek nie.. Especially bila kita naming compound tue, kita naming nama dia dengan betul. Masa tue akan rasa satu perasaan kau lahh yang terhandal dalam naming. Yup, Mieyra nie kuat angan-angan. Sabo jehh laa T_T


Kat mana tadi? Ohh ! Kuiz .. Yup.. Minggu lepas Mieyra ada kuiz organic chemistry tue. Satu chapter jehh masuk then chapter yang satu tue pun lecturer Mieyra tak ajar habis lagi. So, sebelum kuiz tue lecturer Mieyra ajar lahh sikit lagi chapter yang tertinggal tue. Well.. After that Mieyra menghafal lahh chapter yang lecturer baru ajar. *Mieyra suka menghafal dari mengira
So, hafal punya hafal sampai lahh time for kuiz. That time Mieyra nervous gila ! Sebab first time buat kuiz lepas lecture. Takut tetiba pulakk tak ingat ape yang Mieyra baru hafal tue. Mau tak naya aku. Huh !


Nak dijadikan cerita .. Sebelum kuiz tue lecturer dah bagi hint ape yang masuk dalam kuiz. Dah tunjuk satu persatu ape yang perlu dibuat. Dalam kuiz tue keluar soalan yang agak sama tapi tak serupa dengan lecturer bagi tadi. Then i be like "Yes ! Sama. Aku ingat. Yes !". Dengan senyuman nie Mieyra tulis ape yang Mieyra ingat. Lepas bagi kertas, Mieyra baru perasan bahawa jawapan memang betul tapi Mieyra jawab dalam bentuk lain. Tak sama macam yang lecturer bagi hint tadi.
Then mula lahh Mieyra nak merapu sesorang. Kenapa lahh boleh careless sangat macam nie? Memang tak ingat langsung hint yang lecturer bagi sebelum tue. Mieyra tak tahu laa macam mana boleh jadi macam tue. Blank. 7 marks untuk soalan tue, jawapan mungkin betul tapi konsepnya salah ! Mieyra tak tahu ada ke tak marks untuk soalan tue. 7 marks bakk hang ! Mau tak nangis aku kalau tak dapat langsung marks untuk soalan tue. 


Perasaan Mieyra berterabur. And seriously sampai sekarang agak terasa perasaan tue. Rasa macam tak nak tahu marks untuk kuiz tue. Serius ! Nak nangis pun ada. Mieyra menyesal sangat sebab be over confident. N salah Mieyra pun. Sob sob T_T
After that crisis i learn a lesson from now. Do not be over confident and try not to be careless. Nasi dah jadi bubur nak buat macam mana kan? Lain kali Mieyra takkan careless lagi.
Kbaii :)

Segmen | #BOTW 1.0 By Ombak Bergigi




9/1/2016
12.03 PM

Hye ^_^



Hai guys! Om buat segmen lagi. Korang nak join Segmen ni ? 10 blogger yang terawal layak ke pusingan seterusnya.

Korang tahu #BOTW? #BOTW ialah singkatan daripada Blog Of The Week.

Apa yang menarik?

KLIK BANNER UNTUK JOIN !.

Giveaway | New Year Giveaway 2016 By Izyan Athirah




9/1/2015
12.00 PM  

Hye ^_^


Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016


NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI
 (9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)


PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)

Segmen Blog Review By Little Miss Snowflakes



9/1/2016
11.34 AM
Hye ^_^


Hello uollss ! Mieyra ada join satu segmen nie. Cer usha kat bawah :)



Okeh dalam segmen nie, syaratnya Mieyra kena bagi komen sikit blog Little Miss Snow nie. Nak kena bodek bodek sikit. Hehehe. Takde lahh :p

Well .. Blog Lissa memang cantik cute gorjes. Serius k serius. Blog dia kemas and teratur. Mieyra pun suka menjengah blog dia selalu. Hehehe..

Nak join klikk banner ya guys !

Kbaii :) 

Dua Kosong Satu Enam




2/1/2016
1.30 PM

Hye ^_^

Hye gang ! Dah dua tiga hari tak update. Tup tup bukak jehh blog terus join segmen n giveaway. Nampak tak betapa Mieyra bersemangat kat situ. Huhuhu

So, hari nie first entry untuk new year nie. Kira ok lahh tue. Sempat lagi nak wish Happy New Year kepada para blogger yang disayangi sekalian. Mieyra bukak blog tengok kat shoutbox tue ramai jehh blogger yang wish kat Mieyra. Hari nie baru baca. Nak buat macam mana busy sikit. Tambahan pulakk, Mieyra hantar lappy kesayangan pergi kedai. Nak bukak blog kat phone memang malas. Pssstt ! Ape-ape pun, terima kasih kepada yang wish kat Mieyra. Terharu T_T


So new year nie kan.. Ramai yang tanya "Wehh! Kau punya azam ape wehh?". Memang tak dapat dinafikan. Dah trending. Kalau takde orang yang bertanya mesti akan ade yang tanya diri sendiri. Betul tak betul tak? Mieyra tahu. Takk leh tipu tau. Hehehehe

Sama lahh sebenarnya. Ade jugakk antara kawan Mieyra yang tanya. Then, Mieyra pun ada tanya diri sendiri. Ape azam aku tahun nie? 

...

Persoalan yang selalu bermain di minda Mieyra tiap tahun. Kenapa every new year kena ada azam? Perlu ke buat azam setiap tahun? Then ade jugakk yang buat joke azam tahun nie nk langsaikan semua azam yang tahun-tahun lepas. Hahaha. Tapi sekarang Mieyra dah jumpa persoalan kepada pertanyaan Mieyra tu.

Ape itu azam sebenarnya? Azam ialah sesuatu target yang memang kita nak capai untuk tahun nie. Yup. Itu definisi azam bagi Mieyra. Salah ke berazam ? Tak salah pun kan.. Tapi pastikan sesuatu yang di"azam"kan tu adalah benda yang baik. Sebagai contoh berazam untuk jadi lebih baik ke, berazam untuk berbakti kepada ibu bapa ke, berazam untuk kahwin dengan anak raja ke. Ehh ! Hahaha.. Tapi.. Pastikan sesuatu yang kita azam tue kita dapat capai dalam tempoh yang ditentukan.

Berazam itu bagus sebenarnya. Sebab dengan azam lahh kita dapat melatih diri untuk lebih berdisiplin dalam mencapai sesuatu target yang kita nak capai setiap tahun. Betul tak ?

...

So.. Ape azam Mieyra untuk tahun nie. Well .. Mieyra sebenarnya dah ada life goals Mieyra sendiri. Sesuatu target yang Mieyra sendiri cipta untuk life Mieyra. Tapi ... Setiap tahun azam Mieyra sama jehh. Azam Mieyra tahun nie cukup lahh Mieyra diberi kesihatan yang baik sepanjang tahun, my mom and dad diberi umur yang panjang n semoga Mieyra live happily ever after with my family. Tak mintak banyak pun. Semuanya untuk keluarga Mieyra. Amiin ..

Apa azam korang untuk tahun nie ? Kalau ade, mehh share di bahagian komen di bawah :)

K baii :)


Giveaway | New year Giveaway By Dyllarezan




2/1/2016
1.06 PM

Hye ^_^


Klikk banner untuk join :D

Kbaii :)



Segmen | Awak Orang Mana ?




2/1/2015
12.30 PM

Hye ^_^

Hello uollss ! First entry for this year. Ehem ehemm .. First entry of the year pun dah join segmen. Hahaha

Mieyra teruja sebenarnya dengan segmen kali nie. Tengok tajuk pun dah tahu kan? Awak orang mana ? Yup, excited nak kabo yang Mieyra nie orang mana..

Mieyra orang mana? Hehehe. Boleh teka tak? Elehh tak payah nak berteka teki lahh. Well. Mieyra orang Kelantan. Wahh ! Anak jati diri Kelantan nie boh ! Hahaha ..



Ape yang special negeri Mieyra nie. Ermm.. Ramai yang cakap, bila dengar jehh negeri Kelantan nie mesti teringat budu. Yess. Mesti budu is the best thing here. Budu memang best tau ! Orang luar yang tak pernah makan budu, bila makan memang akan suka. Macam hari tue, lecturer Mieyra tanya sape orang Kelantan. So Mieyra dengan senang hatinya angkat lahh tangan. Rupa-rupanya lecturer Mieyra nak kirim budu n bawak balik Penang. Adehh. Hahaha.

Banyak lagi perkara best kat sini selain budu tue. Tapi kalau cerita satu satu memang takkan habis. Kalau nak tahu bolah laa datang sini n rasakan sendiri. Terpromote pulakk hikkss. Hahaha

Warna untuk banner : #C2C2C2

So... Awak orang mana ?

Kbaii :)