Girls day out




15/5/2016
3.00 PM

Hye ^_^

Hello uolls ! Mieyra hari nie nak buat #Throwback sikit yang kelmarin punya story. Mieyra nak tulis semalam lagi sebenarnya tapi tak sempat. Biasa lahh .. Mieyra kan busy. Busy tak buat pape. Hak3 ~

Kelmarin Mieyra pergi satu tempat nie kan .. Tempat nie sangat lahh famous bagi orang Kelantan. Sape2 blogger dari Kelantan tue mesti tahu punya tempat nie. Haa .. Cuba teka ? 

Tak payah teka lahh Mieyra jawab. Mieyra pergi kat Pantai Senok kat Bachok. Tempat nie lahh Mieyra dengaq orang dukk bercerita. Bercerita ape ? Haaa ! Mieyra dengaq orang dukk cakap tempat nie ala-ala Nami Island kat Korea. So .. Kelmarin is the first time lahh Mieyra jejak kaki kat sana dengan kengkawan Mieyra yang lain. At first nak tahu lahh jugak betul ke pantai nie ala-ala Pulau Nami tue .. Tapi bila dah jejak kat sana Mieyra rasa .. Okeyy .. Ala-ala je kan. Hampir serupa tapi tak sama ^^


Kebetulan pulak rancang nak pi sana last minit. Diorang whatsup call Mieyra suruh Mieyra cepat-cepat siap sebab dapat kenderaan. Diorang memang suka rancang last minit. Mieyra pun time tu jugak lahh kalut pakai baju gosok tudung pakai make up bagai .. Huhhh !

Nami Island, Korea 

Nami Island, Kelantan 

Perbezaan Pulau Nami kat Korea and "Pulau Nami" kat Kelantan. Of course lahh yang Korea punya lagi menarik kan. Dah kata pun "ala-ala" kan. Kalau kat Kelantan nie pokok yang tersusun cantik tue pokok Rhu .. Kalau kat Korea Mieyra tak tahu pulak pokok hape .. Hehhhehe ..

Tapi pemandangan kat sini memang best lahh .. Dengan pokok yang tersusun cantik. Lepas tue pulak ada pantai .. Rasa nyaman sangat. Sape yang rasa macam nak release stress tue boleh lahh datang sini. Kalau datang sini tak terasa nak balik pun. Sebab boleh menikmati pemandangan, boleh selfie .. Semua boleh .. Macam Mieyra kelmarin pergi sana buat picnic kecik-kecik je. Air and makanan semua beli tapau makan kat sini. Nah ! Mieyra belanja gambar kat sana ..






Short vacay nie sepatutnya bertujuh .. Tapi yang sorang tu tak boleh datang sebab dia praktikal. Bila lahh nak spend time complete bertujuh .. Huhhuhuh ..









I had a great time with them .. Ye lahh .. Bila cuti semester macam nie jehh boleh jumpa diorang. Balik kolej dah tak boleh dah. So gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Thanks korang !

Kbaii :)
 

Dream High




13/5/2016
12.05 PM

Hye ^_^


Hari tue adalah kawan Mieyra nie paksa Mieyra tengok satu drama korea nie. Nama drama nie ialah Dream High. Kawan Mieyra cakap cerita dia best sangat-sangat. Kebetulan pulak time tue Mieyra baru habiskan drama korea yang tengah hot sekarang nie. Alahh .. Descendants Of The Sun tue. Korang mesti tengok jugak kan drama tue. Best betul tak ?  Tapi entry nie Mieyra nak cerita tentang dream high bukan dots .. Heheheww

Mieyra nie jenis yang susah sikit lahh nak move on bila tengok drama korea nie. Even .. Kalau Mieyra dah habis tengok semua episode pun Mieyra bukak Utube dengar lagu or tengok behind the scene diorang. Nampak tak susah sangat Mieyra nak move on. So .. Bila kawan Mieyra paksa suruh tengok dream high tue i feel like .. Err ~ Ingat nak move on dengan dots tue dulu. Tapi dia paksa jugak so nak tak nak Mieyra tengok lahh .. Sobss sobss T_T

Bila dah tengok episode satu sampai lima drama dream high nie takde lahh ketagih sangat. Cuma suka tue suka lahh sebab agak "best" jugakk. Then episode yang seterusnya tue Mieyra terus ketagih. Tak tau lahh kenapa. Mungkin sebab makin banyak 'gimik' dalam drama nie. Tue yang best.

Pelakon Dream High 

Drama nie dah lama keluar sebenarnya. Kalau tak silap pada tahun 2010 rasanya. Mieyra rasa peminat Kpop mesti dah tengok drama nie betul tak ? Sebab pelakon drama nie pun terdiri daripada members 2 PM which is group yang famous lahh time dulu-dulu. Mieyra baru tengok. Okeyy Mieyra memang ketinggalan zaman ~,~  Actually cerita nie dah lama ada dalam hardisk tapi baru tengok. Tue pun sebab kawan Mieyra yang paksa kalau tak memang cerita nie bersarang jehh kat dalam hardisk.

Mieyra paling suka lagu main dia. Lagu dia memang best gilahh ! Tajuk lagu tue pun Dream High jugak. Diorang berenam yang nyanyi. Ape yang buat lagu tue best is the meaning of the song. Memang lahh lagu korea tak faham ape yang diorang nyanyi. Tapi Mieyra tengok english punya version. Bila dengar yang english punya meremang bulu roma aku. Macam mana nak cakap erkk ? Lagu tue memberi makna yang mendalam sedalam dalam lautan yang luas terbentang lahh. Cehh ! Aku guna ayat hiperbola habihh bak hang .. Tak caya cuma cari jehh kat utube hayati betul-betul makna lagu tue.

Mieyra suka tentang drama nie sebab dia menceritakan macam mana kita nak capai impian kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa sesuatu yang kita impikan tue macam sukar nak capai, tapi kalau ada usaha tak mustahil dapat capai impian tue. Walau banyak mana pun halangan, selagi kita tak putus asa, tak mudah menyerah, kita boleh dapat apa yang kita impikan .. 
Tue lahh pengajaran yang Mieyra ambil dari drama Dream High nie. So .. Apabila kita mengimpikan sesuatu, tak kisah setinggi mana pun impian tu kita mesti usaha untuk dapatkannya. Dream High !

Kbaii :)

The Result




12/5/2016
1.12 PM

Hye ^_^

Hari nie semua budak Uitm dapat result last semester masing-masing. Same as me lahh. Ada whatsup masuk semalam cakap result boleh dapat pukul 9 hari nie. Tapi semua check result diorang dalam student portal pukul 12. Mieyra tahu pun sebab baca dalam group course Mieyra. *Aku perhati dari jauh jehh Mieyra pun sama. Banyak kali Mieyra refresh Mieyra punya student portal and gmail result tak masuk-masuk. Berdebor giler Mieyra time tu. Sampai tak boleh nak tido. Errr~ Sebenarnya Mieyra memang tak tido selagi jam tak sampai pukul 2 hehehe ..

So .. Alang-alang menanti result yang tak keluar lagi tu Mieyra pun download drama korea. Sambil menyelam minum air kan. Lagipun wifi rumah laju time tue sbb pagi membuta dengan aku sorang yang menjadi burung hantu dalam rumah nie sebab tak tido lagi. Then .. Banyak pulak wssap masuk dari group sana group sini. Mieyra sbb malas nak manyampuk dalam group off data telefon dengan harapan bila bukak nanti tak hang phone sebab banyak noti wssap ~,~

Sambil-sambil mendownload tue Mieyra bukak lahh encik utube dengar lagu apa yang patut. Encik utube lahh yang temankan Mieyra semalam. Thanks Encik utube. Hahaha. 

Dalam pukul 2 lebih gitu Mieyra bukak balik wifi phone Mieyra. Then .. Datang lahh email result yang ditunggu-tunggu. Memang rasa tak nak bukak sebab takut. Tapi kalau fikir-fikir kan balik. Result tue bukan hantu pun nak takut buat ape kan. So .. Dengan lafaz bismilllah Mieyra bukak lahh email tu. 

Kalau orang lain .. Maybe diorang akan tengok pointer dulu dapat berapa. Betul tak ? Sape tengok pointer dulu angkat kening. Hehehe. Tapi kalau Mieyra tak. Dari semester 1 Mieyra tengok course Mieyra dulu dapat berapa. A or B or C or D. Lulus ke gagal. Sebab benda first Mieyra nak tahu is kena repeat ke tidak. And ..... Alhamdulillah takde yang repeat. Syukur kepadaMu Ya Allah. Lepas tu baru lahh tengok pointer. Pointer ... Ermmm .. Okey sikit dari semester lepas. Means that ponter Mieyra tujukkan bahawa dari semester pertama hingga kedua meningkat. Syukur untuk kali kedua.

Nampak tak kat situ Mieyra tak peduli pun psl pointer Mieyra. Hahaha. Yang penting bagi Mieyra takde yang repeat. Itu jehh. Sebab kalau repeat Mieyra perlu tunggu satu tahun lagi baru repeat subjek yang fail tu. Mau tak nangis aku. Tapi setakat nie Alhamdulillah takde istilah repeat.

Gmbr nie takde kena mengena dengan entry tapi nak letak jugakk sebab gmbr nie jehh yang ada kat desktop lappy Mieyra hee ^_^

Sebut pasal pointer. Mieyra rasa benda alahh nie lahh yang buat Mieyra rasa tak best. Ye lahh.. Setiap student mempunyai pointer yang berbeza-beza every sem depends on their effort straggle for final. Isn't it ? And .. Disebabkan pointer yang berbeza-beza tue lahh orang boleh judge diri kita samada kita nie excellent student or not. Yang dapat dekan tue lagi lahh. 

Bagi pendapat Mieyra. Pointer tu tak menjamin apa-apa pun sebenarnya. Belum tentu kau study dapat pointer tinggi-tinggi terus dapat kerja. Kalau Tuhan cakap tu bukan rezeki kau semestinya tak !  Kalau study semata-mata nak dapat pointer yang tinggi-tinggi so boleh berbangga bahawasanya kita lahh yang paling bijak itu perkara yang sia-sia. Set mind tu semula, study kerana Allah. Study sebab kita nak belajar ilmu-ilmu Allah. Umi Mieyra selalu cakap "Ilmu lahh yang membezakan kita dengan orang lain. Makin banyak ilmu, orang akan hormat kita." Mieyra tak tahu sejauh mana kebenaran tue tapi Mieyra pegang kata-kata tu.

 Mieyra tak suka jenis manusia yang suka membandingkan pointer sendiri dengan pointer orang lain. Takut hilang rasa syukur tu. Bersyukur dengan apa yang kita dapat kerana sebenarnya apa yang kita dapat tue lahh usaha kita sepanjang satu semester tu. Macam Mieyra sem lepas bukan study hard sangat. Kerja aku tido jehh memanjang. Balik kelas tido, petang tido malam tido. Yup. I admit that i'm a lazy person. Kinda ..  Last dapat result yang macam tu Mieyra terima. Takde lahh teruk sangat result tue. Tapi sekurang-kurangnya itu usaha Mieyra. Usaha Mieyra yang ciput tu dapat menaikkan pointer Mieyra sedikit demi sedikit. Mieyra tak mengharap dekan cuma Mieyra harap setiap sem Mieyra menunjukkan peningkatan. Perlahan lahan mungkin Mieyra akan dapat pegang anugerah dekan nanti. Betul tak :)

So .. Tahniah kepada student yang dapat dekan tu. Yang tak dapat kita sama-sama usaha supaya kita jugak terpilih suatu hari nanti. Sape yang nak share pointer korang boleh komen kat bwh hee ^^  Positive mind k. Fighting for the next semester !

Kbaii :)



 

Wordless Wednesday #1




4/5/2015
2.23 PM

Hye ^_^


Paling best bila kawan kau buat lawak yang tak berapa nak lawak tapi dia ketawa mengalahkan pontianak. Kau sebenarnya gelak sebab dia yang gelak bukan sebab lawaknya. Hahaha ~

Kbaii :)

Giveaway | Mei By Ann



3/5/2016
1.38 PM
Hye ^_^
Assalamualaikum wbt..hii
Bismillahirahmanirahim..

http://rennyenqop.blogspot.my/2016/04/giveaway-mei-by-ann.html

Klik banner untuk menyertai


Senarai Sponsor:
Ann , CikNurul , MissBanu , AmirahAzman , UmieYana , #JMbelog , Azira , Farrah


Kbaii :)

Segmen | Pencarian pertama kali bloglist by DyaNadia Reza




3/5/2016
1.06 PM

Hye ^_^


Klik banner untuk join :)

Mieyra tag : Farah & Raihanah  

Kbaii :)

Segmen | Mini segmen by Syaidah Seha




3/5/2016
12.48 PM

Hye ^_^


Klik banner untuk join :)

Kbaii :D

Headache go away !




2/5/2016
8.36 PM

Hye ^_^

Selamat malam bloggers sekalian alam. Pejam celik pejam celik dah masuk hari kedua bulan may. Time fly so fast. And .. Pejam celik pejam celik jugakk, dah nak balik Bertam T_T. Tak nak ! Tak puas lagi bercuti kat rumah nie. Tak puas lagi tengok tv tak puas lagi tengok cerita best2. Huk3 .. Tapi .. Bila tiba masanya Mieyra kena balik jugak. Hurmm ~ Sobb sobb ~~

Hari nie seharian Mieyra menghabiskan masa Mieyra atas katil jehh. Kenapa ? Sebab penyakit Mieyra tetiba pulak datang 'melawat' Mieyra hari nie. Penyakit ape ? Hahaha .. Penyakit migrain tetiba pulak datang hari nie. Korang tahu kan migrain tu ape ? Kalau tak tahu mehh nak kabo .. Migrain nie sakit kepala yang teramat sangat. 

Migrain nie jugak ada symptom dia. Setiap individu berbeza kalau ada penyakit migrain nie. Like me, symptom migrain tu datang pandangan Mieyra macam kabur sikit. Bukan nak pengsan ke hape. Cuma tak nampak. Lebih kurang macam tu lahh. Lepas hilang kabur tu lahh baru datangnya sakit kat bahagian kepala tu.

Sape yang ada penyakit migrain cerr komen Mieyra nak tengok. And kalau korang migrain ape yang korang buat. Semestinya yang 'sepenyakit' macam Mieyra akan tahu macam mana rasa sakit tu betul tak ? Bila rasa sakit tu datang rasa macam ... Nak hantuk jehh kepala kat dinding. Betul tak? *Tapi Mieyra tak pernah buat macam tu. Aku sayang lagi kepala aku nihh. Hee ~*

Kalau Mieyra mengalami migrain tu. Biasanya Mieyra makan ubat yang doktor bagi kat Mieyra. Ada empat ketul ubat semuanya and Mieyra perlu makan semuanya .. Ubat tue kuat tau. Kalau makan biasanya akan rasa mengantuk then tertidur lahh .. Lepas bangun dari lena yang panjang baru lahh hilang rasa sakit tu. Believe me if i don't sleep after eat the medicine i still get the headache. Sakit wooo ~ *Maksud Mieyra by hook or by crook Mieyra kena tidur jugak*



Mieyra actually puasa tau hari nie. Dah sampai separuh hari dh pun. Terpaksa berbuka sebab Mieyra dah tak tahan sangat. Sayang wehh puasa aku ~,~ Mieyra cakap kat umi Mieyra nak bukak puasa then Mieyra cakap Mieyra migrain. My mom ask me why ? Sebab tetiba jehh sakit. Takde angin takde ribut tetiba migrain. *Memang takde angin ke ribut sebab sekarang musim kemarau ~,~*

But .. Memang lahh .. Dua tiga hari nie Mieyra memang stress sikit lahh. Macam2 masalah datang menyebabkan Mieyra stress. Orang migrai nie tak boleh stress. Bukan setakat stress jehh tak boleh. Banyak lagi pantang larang dia. Macam .. Tak boleh berdiri dekat tengah panas lelama. Haa ! Sebab tu kawan2 aku panggil aku puteri lilin nak habak maii. Puteri lilin pun boleh .. Hahah ~

Ape pun, i'm getting better. Ye laa ..Kalau tak better takkan aku hadapnya laptop kesayangan nie. Tido lebih baik. Tapi tak tau lahh Mieyra boleh tido ke tak malam nie sbb hari nie dah banyak sangat tido. Kalau tak boleh tengok cerita lahh gamaknya sampai pagi. Esok Mieyra nak puasa. Ganti yang hari nie punya. Sayang gila puasa aku ! Adoii ..

May is my favorite month ! Guess why ? Hahaha :)

Kbaii :D

Marah




29/4/2016
3.38 PM

Hye ^_^

Selamat petang blogger sekalian alam. Takde banyak Mieyra nak cakap cuma nak cakap tentang perasaan marah. Marah. Semua orang pernah rasa perasaan tu betul tak ? Tipu lahh kalau takde yang pernah rasa nak marah kat sape2 tu. Kalau ada cuba angkat kaki jap nak tengok. Hehehe ^^

Marah nie perasaan yang hadir bila korang rasa tak puas hati or lebih kepada sakit hati dengan orang lain. So perasaan tu akan muncul. Perasaan tu akan menyebabkan korang rase geram, sakit hati, bercelaru, serabut and so on lahh. So .. Bahasa mudahnya, marah nie akan menyebabkan perkara yang negatif datang dari diri korang. 

Sebagai contoh, bila korang terlalu marah dekat orang lain, korang akan mula cakap yang bukan-bukan. Err~~ Lebih kepada menyumpah and so on. Selain tu, mulut korang akan cerita kepada someone tentang segala keburukan orang yang korang marahkan. Betul tak ? Betul lahh tue. Hahahah T,T


Macam Mieyra .. Seriously Mieyra cakap Mieyra nie sebenarnya tak mudah nak marah kat orang lain. Kalau marah sekali pun, Mieyra akan diam and sabar jehh. Tapi .. Tahap kesabaran Mieyra pun ada limit jugak. Tak selamanya Mieyra boleh sabar. And .. Kalau Mieyra betul2 marah dekat someone, Mieyra akan luahkan kat someone tu ape yang Mieyra tak puas hati dengan perkataan yang "agak" kasar. Sampai Mieyra rasa Mieyra dah luahkan semuanya Mieyra akan diam lahh n baru pikir balik ape yang Mieyra sebut time "sesi meluahkan" tu. Yup .. That's me.

Terkadang akan timbul jugak penyesalan. Sebab bila kita dah luahkan apa yang kita pendam mungkin someone tue akan terasa hati. Betul tak ? Tapi Mieyra pikir .. Kenapa kita perlu jaga hati dia sedangkan dia tak pernah nak jaga hati kita. Then .. Penyesalan tue lama2 akan hilang jugak. Mieyra nak mintak maaf. Tapi .. Tunggu hari raya lahh .. Hehehe ~~~

Mieyra ada jugak buat "kajian" kat google. *Siap buat kajian bagai.  Bila marah apa yang kita perlu buat. Banyak benda sebenarnya boleh buat. Antaranya ialah listen to music. Macam selalu Mieyra buat kalau Mieyra tengah marah. Dengar music salah satu untuk kita release kita punya "amarah" tue. Kalau korang rasa marah boleh lahh cuba buat mana tahu berkesan kan. Hee ^^

P/S : Mieyra memang tengah marah sekarang nie sbb tu entry Mieyra pasal perasaan marah tu. I just want to cool down myself ~

Kbaii :D

Be Qowiy !




27/4/2016
3.40 PM 

Hye ^_^

Hello korang. Memandangkan hari nie Mieyra rajin nak hadap lappy and hadap blog kesayangan Mieyra nie. Mieyra tetiba pulak terasa nak buat entry. At first Mieyra tak tahu nak buat entry tentang ape because i'm not in mood now. Fikiran Mieyra berserabut sikit hari nie. Rasa macam nak gila tapi tak gila. Ehh ! Macam mana tu ? Hahaha. K dah.. Takde lahh sampai nak gila. 

Kenapa Mieyra berserabut ? Hahaha. Kenyataannya Mieyra sendiri pun tanya diri Mieyra sendiri sekarang nie. Mieyra ade masalah sekarang nie. Masalah yang Mieyra tak boleh nak bagitahu korang yang tengah baca nie. Bukan tak nak share. But i think that my problem tak relevan nak share kat sini. Takut nanti bila Mieyra share ade yang cakap masalah tu pun nak cerita dalam nie ke. Takde idea nak buat entry bla bla bla .. So, i better shut up my mouth lahh. Oppps ! Jari Mieyra mane ada mulut. Hahaha. Okeyy Mieyra buat puncline *peace*

So .. Korang tengok tajuk Mieyra kali nie.. Be qowiy. That's right. Qowiy. Sape tahu ape maksud qowiy tu angkat kening kiri. Krikkk krikkk ...

Huhuhu .. Okeyy2 .. Bagi yang tahu maksud tu bagus lahh .. "Qowiy" tu datang daripada bahasa arab. So sape2 yang belajar bahasa arab or bersekolah di sekolah arab ke so on mesti tahu maksud tu. Qowiy tu bermaksud "kuat" or "strong" dalam bahasa english. So .. Be qowiy .. Maksudnya be strong. 



Mieyra tahu maksud tue pun dari sahabat Mieyra. And qowiy tu lahh yang Mieyra perlukan untuk hadapi masalah Mieyra yang sekarang. Besar sangat ke masalah Mieyra tu sampai perlu qowiy bagai. Errr~ Agak lahh besar jugak. Tak boleh bagitahu !

Tapi sahabat Mieyra tahu masalah Mieyra. And diorang lahh yang bagi semangat kat Mieyra sekarang nie. Suruh Mieyra "Qowiy". Mieyra berterima kasih kat diorang sbb bagi Mieyra kata2 semangat time Mieyra tengah down macam nie. Mieyra sayang diorang. Nak buat macam mana. Allah nk uji Mieyra sekarang nie. Sejauh mana Mieyra boleh hadapi masalah Mieyra. Yup .. Ujian. Allah tak uji hambanya di luar kemampuan hambanya right ? So .. Ujian nie Mieyra betul2 kena kuat lahh.. 


Oh ! Sebelum Mieyra lupa .. Gambar kat atas nie adalah gambar novel yang Mieyra baca. Dah khatam dua kali dah pun. Ape yang Mieyra nk cakap novel nie best. Mengisahkan persahabatan antara 3 individu. Dalam persahabatan diorang, mereka diuji .. And diorang qowiy hadapi masalah diorang. Like me, i have to qowiy as well. Sape2 yang minat boleh lahh baca novel nie. Terpromote pulakk .. Heee ~

Kbaii :D



I'm back !




26/4/2016
9.00 PM 

Hye ^_^

Hello uollss ! Dah lama Mieyra menyepi and tak bukak Mieyra punya blog kesayangan nie. Lama sangat. Dah dua bulan kot ! Lama kan.. Kenapa Mieyra menyepi ? Hahaha .. Mieyra mencari ketenangan sikit. Cehh ! Ketenangan lahh sangat kan.. 

Dalam tempoh dua bulan Mieyra tak taip or update anything. Tapi still Mieyra jenguk2 jugakk blog nie. Cuma Mieyra tak blogwalking and update jehh. Nak kata Mieyra busy... Sebenarnya jawapan tu antara ya or tak. Tak tahu nak pilih yang mana. Mieyra busy. Yup .. Busy lahh jugak dalam tempoh dua bulan tuhh. Sebab study assignment quiz test bagai kan.. Kalau tak busy tuhh lebih kepada Mieyra malas nak menaip. Sian blog aku nihh adehhh !

Sebab dah lama tak buat entry otak aku pun dah tepu nak pikir apa yang nak taip. Jejari manis Mieyra nie pun dah jadi kekok nak menari atas keyboard nie. Hahaha .. Siyess ~,~

Actually, there's a lot of story that i want to share and write. Tapi tak tahu nak mula daripada mana. Hahaha. Tapi tengok lahh .. Kalau Mieyra rajin Mieyra buat #Throwback nanti. *Kalau rajin k nampak sangat Mieyra nie pemalaihh. 

And untuk information korang, Mieyra sekarang dah mula cuti semester. Sebenarnya dah dua minggu dah but nak cakap jugak hahaha. But yeahh ! After struggle for final and terlebih homesick dalam minggu final tue sampai nangis2 nak balik rumah, sekarang Mieyra dah dekat kampung. Home sweet home lahh katakan ! Suka sangat ! Ye laa .. Dua bulan tak balik rumah. Rindu tau takk :*

Nah ! Mieyra belanja satu gmbar atas flight 3000 kaki permukaan bumi time balik Kelantan hari tue :)

Errr ~ Dah tak tahu nak tulis ape. Sampai sini je kot untuk kali nie. Nanti Mieyra update lagi. Yang mana follow blog Mieyra and tinggalkan jejak kat shoutbox tue nanti Mieyra membalas kunjungan kat blog korang pulakk. Mieyra perlu cari mood yang betul2 baik nak blogwalking~ Heee :D

Kbaii :)



Apabila kelas cancel ...




3/2/2016
8.54 AM

Hye ^_^

Hello uolls ! Lamanya Mieyra tak bukak blog kan. Bukan tak nak bukak sebenarnya, tapi sebab takde mood nak taip ape2 entry. Boleh pulak takde mood kan. Hehehhh .. Tapi bagi Mieyra, memang Mieyra dah lama tak bukak bende alah nie. Last update pun Mieyra promosikan sesuatu. Tue pun kalau korang perasan lahh. Tak perasan pun takpe Mieyra perasan sorang2. Hahaha... *Yang mempromosi tue Mieyra akan cerita kemudian

Nak kata Mieyra busy, tak jugak sebenarnya. Tapi.. Entah kenapa jadi malas nak taip entry nie. Bila bukak jehh balik n nak tulis macam sekarang, macam dah takde idea. Jari2 nie pun menari-nari dengan perlahan jehh. Ehh !

Mieyra takde ape nak cerita pun sebenarnya. Just nak update blog nie jehh. Memandangkan hari nie takde kelas n Mieyra mereput sesorang kat bilik nie. Baik Mieyra isi masa dengan blog nie haa. Silap ! bukan takde kelas. Kelas tue yang cancel... Lebih memilukan *Ceh memilukan tuhh Mieyra punya lahh semangat bangun awal, solat pakai baju siap2 bagaii tup2 kelas batal. Kau rasa ? Mieyra punya feeling pun sekarang nie dua dalam satu. 

Kerja aku pagi nie bila tahu kelas cancel. Selpiaq luhh sepukul !

Feeling dua dalam satu tue samada nak gumbira ke keciwa. Sebab kelas yang pagi nie kelas yang best. Mieyra suka. If let say pagi nie Mieyra mengantuk sekali pun, datang kelas dengar lecturer tue bercakap dah tak ngantuk dah. Bukan faktor lecturer okeyy. Kelas tue yang best.

 Tapi nasib baik jugak lahh Mieyra terasa sangat nak tengok phone pagi nie. Biasanya kalau kelas pagi Mieyra jarang bukak phone n internet. Kalau tak tengok whatsup dari group mau tak naya aku pergi kelas n stay kat kelas tue sesorang. Hahaha. 

Ape2 pun, nak buat macam mana. Kelas dah cancel n Mieyra takleh nak sambung tido memandangkan Mieyra dah tak ngantuk. Biasanya kalau takde kelas memang lepas solat subuh pun Mieyra tido lagi. Haa ! Bagus tak Mieyra hari nie. Jadi lahh seperti Mieyra. *Okeyy jangan kecam saya

Anyway, sekarang dah masuk bulan February 2016. Cepatnya masa berlalu kan. Mieyra rasa baru jehh semalam Mieyra buat entry untuk bulan lepas.. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian semua pada bulan nie n di bulan yang akan datang. Amiin .. 


Esok malam ceq dah berangkat pulang ke kampung. Dapat cuti untuk CNY beb ! Tak sabaq ceq nak balik kampung. Ceq rindu wifi kat rumah tue. Ehh !


Kbaii :)

Giveaway | Mini giveaway By "Si Chubby"




15/1/2016
3.19 PM

Hye  ^_^


Nak join klik banner k :D

Sebagai syarat penyertaan si chubby bagi satu soalan untuk dijawab. Soalannya adalah :

______________________________________

Apa impian korang yang sebenarnya ? And apa usaha korang untuk mencapai impian tu ? Kalau tak tercapai, apa korang akan lakukan?

______________________________________

Okeh impian Mieyra ada banyak sebenarnya. Cuma ada 2 main impian yang memang Mieyra target and nak capai impian tue. First, Mieyra nak nanti 10 tahun akan datang Mieyra adalah seorang yang berjaya dalam apa jua kerjaya yang Mieyra cuburi. Tak kira apa pun bidang tue asalkan Mieyra dapat jadi seorang yang berguna to my parents. Dapat hantar diorang pergi haji or umrah. Nak dapat rumah yang besar n nikah with someone that i love him very much. Dapat anak yang cantik n hensem. Cehh ! Hahahaha. Tapi betul lahh. Tue impian Mieyra. Impian aku suka hati aku lahh kan. 

Second, before my first dream happened. I just want to travel around the world with my lovely friends. Yup, travel termasuk dalam list impian Mieyra. Mesti ada yang tanya, kenapa dengan kawan? Kenapa bukan husband kan? Okeh ! Sebelum nikah mesti lahh Mieyra nak enjoy dulu dengan kawan Mieyra. Nanti bila dah kawin dah tak boleh nak buat semua tue. Dah tak boleh hangout sama-sama memandangkan kerja sebagai wife yang perlu dipikul. So.. Dengan husband tue lain cerita pulak. Sebelum nie pun Mieyra pernah travel dengan diorang. Pergi Langkawi. And that was my first time travel with them i felt very excited. Mieyra ada tulis kat SINI dan SINI. Kalau sudi baca lahh ^^ Tapi yang first time tue tak cukup lagi. Just like i said, i want to travel around the world with them. Nak pergi luar negara pulak untuk next vacay. In Sha Allah ^^

_____________________________________

Mieyra nak tag : Anis & Izyan

______________________________________

Kbaii :) 

Camping dot dot




14/1/2015
9.02 PM

Hye ^_^

Hello bloggers sekalian alam. Dah lama Mieyra tak menjejakkan kaki ke sini. Ehh ! Kaki ke ? Kaki aku sekarang nie kat lantai.. Err~ Krikk krikk krikk. Puncline tak mengena ~,~

So here i am. Di depan laptop kesayangan jari jemari yang halus lembut nie tengah menari-nari di atas keyboard setelah seminggu tidak menari sedemikian. Biasa lahh kan. Seminggu tak bukak sebab ya. I'm the busy person here. Busy dengan kelas, busy dengan assignment n so on. Alahh ! Biasa lahh tue. Student kan. Sudah biasa update blog seminggu sekali. Kepada bloggers yang baru follow tue, blog nie masih active. Cuma empunya blog nie saje yang passive. Hahahaha

Dalam entry yang sebelum nie pun dah banyak kali Mieyra tulis yang kelas Mieyra setiap minggu memang pack macam sardin. Terutama setiap hari selasa n rabu. Rasa macam kalau boleh dalam seminggu dah tak nak lalui hari tue.

__________________________________________

 Tapi dalam banyak-banyak minggu, entah kenapa Mieyra rasa minggu nie lahh yang paling memenatkan bagi Mieyra. Huh ! Memang penatnya tak boleh nak bagitahu kat orang. Serius ! Start hari Selasa lagi kelas pagi sampai petang. Petang tue buat experiment yang memeningkan kepala hotak aku dengan pelbagai jenis kimia dalam lab tue. Habis lab pergi kor pulak sampai lahh pukul 7. Malam tue berhajat nak buat lab report, siapkan awal2 supaya tak susah kemudian hari tapi tak tercapai sebabnya ... Mieyra kena bincang tentang final semester projek. Nak bincang tue bukan senang nak habak maii. Bincang punya bincang sampai lahh pukul 12 lebih then tido lahh.

Hari rabu pulakk kelas pack jugak pagi sampai petang. Jam 5 lebih baru habis kelas. Paling tak best bila projek yang kitorang bincangkan malam tue, bila bagitahu kat lecturer dia macam tak suka dengan pendapat kitorang. Sekarang Mieyra faham lahh macam mana perasaan student yang projeknya kena reject. Memang stress gila beb nak pikir projek lain pulak. But, everything going ok. Even know projek tue kena reject.

Hari nie pulak bersamaan hari khamis kelas Mieyra habis pukul 2. Nak balik bilik tue punya lahh susah redah hujan bagai. Berbasahan lahh daku terkena titisan-titisan air hujan itu. Sampai bilik mandi then keluar pulak pergi beli barang dengan gang2 Mieyra. Membeli barang tue bukan sekejap ye tuan2 dan puan2 sekalian. Tambah2 pulakk kalau dengan perempuan. Memang agak lama lahh ! Lebih kurang 6 lebih baru sampai bilik then sampai lahh sekarang. 

________________________________________

Nampak tak sepanjang tiga hari termasuk hari nie dah boleh buat satu essay cerita. Hahaha. Mieyra memang agak letih. Tapi aku gagahkan jua jari-jari ini untuk menaip. Lepas nie, akan ku layari bahtera mimpi-mimpi nan indah memandangkan aku takde kelas esok hari. Yuhuuu !

Cerita pasal membeli barang tue kan. Tujuan kitorang keluar tadi bukan untuk enjoy ke ape. Tadi Mieyra keluar pergi beli barang untuk pergi camping hujung bulan nie. Yup, camping. It is under kor so kitorang wajib pergi camping tue. It is for our carry marks for this semester. Tima mula-mula jurulatih sebut pasal camping tue dah rasa macam errr.. Lagi-lagi bila sebut camping dalam hutan. Berkawan dengan KERAni bagai. You get me right ? Mieyra tarik nafas panjang kerana tue. 


Yup, bagi setengah orang dia suka dengan benda alah nie. Suka dengan aktiviti lasak macam nie. Suka naik turun bukit panjat sana lompat dalam air bagai. Yup, i admit that is such a fun outdoors activities. Mieyra pun suka tengok variety show korea tue tajuk dia "Lost of the jungle" yang diorang masuk hutan tue. Fun sangat. Tapi Mieyra suka tengok jehh. Mieyra tak suka alaminya sendiri.

 Bagi korang yang baca nie mesti akan fikir yang Mieyra nie kolot lahh ape lahh. Tapi memang itu sifat Mieyra. Lantak p lahh depa nak kata apa. Tapi Mieyra memang tak suka masuk hutan. Sebab Mieyra nie mudah sakit. Mieyra ada migrain, Mieyra ada gastrik. Kadang2 penyakit Mieyra nie datang tak menentu tau. Kalau dia datang memang rasa nak pitam lahh ape lahh. Bukan Mieyra tak suka camping. Tapi disebabkan Mieyra mudah sakit Mieyra tak boleh aktif macam orang lain. 

Nak tak nak kena jugak pergi camping tue. Mieyra berharap pada ubat yang doktor bagi kat Mieyra jehh. Hope everything gonna be alright. I just hope that it will be the best camping ever. 

Terima kasih yang sudi follow blog Mieyra. Nanti Mieyra akan membalas kunjungan kalian. Kalau boleh klikk lahh nuffang sekali ye ^^ Hehehe


Kbaii :)

Friendship goals !



10/1/2015
5.16 PM
Hye ^_^


Mieyra boring sangat hari nie. Dari pagi Mieyra dukk siap pre lab untuk experiment minggu depan then sedikit assignment yang tak terbuat. Alhamdulillah.. Akhirnya siap jugakk. Lepas siap semua tue baru lahh rasa boring tak tahu nak buat ape. Bukak lappy. Bukak blog n berblogwalking. Ramai jugakk lahh blog yang Mieyra terjah. Korang yang baca entry nie mungkin salah satu blog yang Mieyra terjah betul tak? Kalau tak macam mane boleh sampai sini. Hehehehe..


Well, assignment untuk minggu nie dah beres. Tapi still boring. Tak tau nak buat hape deh ! Test kuiz berlambak minggu depan tapi Mieyra malas nak membaca. Asal bukak buku jehh mengantuk. Huh ! Nak study Mieyra memang liat sikit. Tapi bila rajin sangat dari pagi sampai petang sampai nk masuk tido pun Mieyra akan membaca. Kalau Mieyra rajin lahh. Hahahaha


Tengah main phone tadi .. Terr bukak galeri then terr tengok gambar-gambar lama. Then tetiba pulakk terr rindu kawan-kawan Mieyra yang kat kampung tue haa. Terr rindu pun ade ke ? Ade laa kot ! Pssttt ...


Tadaa ! They are all my gang, my buddies and my best friends.


Ermm .. We called ourselves as SAMABAT. Why SAMABAT? Hehehe... Sebab datangnya nama tue adalah dari nama kitorang. Kitorang takde huruf "H" tapi ada yang hurufnya "M" sahaja. Sebab tue "samabat". Means sahabat lahh. Mieyra sayang gilahh diorang nie. Kitorang kawan dari sekolah menengah lagi sampai lahh sekarang.. Dah tiga tahun. Betul lahh cakap orang *Orang mana Mieyra tak tahu Kalau kita nak tahu sahabat yang sebenar, lepas sekolah kita tengok sape yang still contact kita. Maka itulahh sahabat yang sebenar.

Sekarang kitorang stay jauh-jauh diantara satu sama lain. Macam Mieyra kat sinin diorang kat sinun. Yup.. A very very far distance. But, kitorang still contact each other. Whatsup, wechat ape semua kan hado. So, dari jauh pun kitorang blh chat.. 

Diorang jehh yang tahu perangai Mieyra nie macam mana. Kalau Mieyra ada masalah or tengah down, selain dari umi Mieyra akan cari diorang. Even kalau Mieyra sakit *contohnya migrain , kalau dengan diorang sakit Mieyra hilang. Or kalau tak hilang pun Mieyra jadi macam kuat sikit. Serius k. Dah banyak kali macam tue n Mieyra tak tahu kenapa. Mungkin miracle of friends.




Kalau Mieyra, asal balik kampung jehh mesti akan jumpa diorang walaupun sekali. Ape orang cakap .. Nak melepaskan rindu. Yup.. Lebih kurang lahh. Nak lepas rindu by hangout dengan diorang. Tapi biasanya kitorang lepas habis sekolah dah jarang kalau hangout sama-sama complete bertujuh. Ye lahh, ada jehh yang busy dengan kerja, tak balik cuti n sebagainya. Tapi, kalau kitorang keluar complete mula lahh perkara gila-gila yang kitorang buat. Nak besau panjang perangai still macam budak-budak .. Adehh !

Macam gambar kat atas tue, gambar tahun 2015 punya. Hujung tahun k. 31 Disember 2015. Kitorang keluar lepak sesama. Sambil celebrate anniversary yang ke-3 kitorang. Kenapa tak boleh kan? Boyfriend girlfriend boleh ada anniversary why not us ? *Jangan kecam saya  Hahaha

7 roses for 7 angels 


Dari pagi sampai lahh petang kitorang keluar. Petang tue kitorang pergi taman. Boleh pulakk lahh diorang buat surprice bagi bunga bagai. Mahu tak terharu aku dibuatnya. Nak nangis pun ada. First time dapat bunga n lagi yang lagi best, dapat bunga dari seorang sahabat. 

Mieyra rasa .. Hari yang Mieyra keluar dengan diorang adalah hari paling best dalam hidup Mieyra. Those memories means a lot for me n i keep it forever. 

Notes kepada yang ada dalam gambar di atas :
Kalau ada antara korang yang baca entry nie. Aku nak cakap terima kasih kerana menjadi sahabat aku. N semoga persahabatan nie kekal sampai bila-bila ~~


" A real friends walks in when the rest of the worlds walks out " -Walter Winchel