Liebster Award !!

21/11/2015
10.50 PM
Hye ^_^
First of all, Mieyra nak bagi penghargaan kepada someone yang telah tag atas nama Mieyra untuk join ini punya award. Siapakah yang tag Mieyra ? Hahaha ..
Jeng jeng jeng ...
Tak nak main main lagi. Hehehe. Terima kasih kepada Syadiya Safiah kerana tag Mieyra. Nak tak nak kena join jugak award nie. Bukan tak nak, memang nak pun.. Ehh berputar belit lahh pulakk hahaha 

Okeh shall we start ? Gerak gerak jari sikit takut kejang. Hehehe. Exceli, liebster award nie bukan sebarang segmen tau. Libster award nie adalah untuk para blogger yang awesome kat luar sana yang follower blog diorang kurang dari 400 followers. Tujuan award nie adalah untuk menaikkan ranking blog yang kurang follower termasuk blog Mieyra. Blog Mieyra memang jelas lagi sahih lahhh. Sebab blog baru kan. In Sha Allah slow slow Mieyra akan menaikkan nama blog nihh..

Ada beberapa rules untuk award nie. Antaranya ialah :

1) Korang kena ucapkan terima kasih kepada orang yang telah mencalonkan. Korang kena letak link entry korang di blog mereka.

2) Korang wajib tampal atau tepek kasi ketat gambar "Libster Award" di blog korang.

3) Jawab 6 pertanyaan yang ditujukan untuk korang 

4) Berikan 6 fakta tentang diri korang

5) Calonkan 5-6 blog yang mempunyai kurang daripada 400 follower yang korang fikir layak dapat Libster Award.

6) Reka 6 soalan baru untuk dijawab oleh calon terpilih.

7) Sila maklumkan kepada calon bahawa mereka telah terpilih untuk menerima Liebster Award.

___________________________________________________________________

Okeh buat senaman muka sikit. Nervous pulak nak jawab soalan nie. Macam soalan final exam omaigad . Hahaha ..

6 Pertanyaan yang Syadiya Safiah bagi kat Mieyra :

1) Siapa yang faham korang?
Jawapan : Of course my mom and dad yang faham Mieyra. *Yang kedua Mieyra punya gang hee

2) Apa yang paling malang dalam hidup korang?
Jawapan : Ermm. Ape erkk? Yang paling malang ialah time kelas Mieyra habis lewat. Hampir Maghrib baru Mieyra sampai kolej n boleh rehat.

3) Korang friendly tak ?
Jawapan : Senang je. Mieyra memang seorang yang friendly. Mieyra akan tegur sape sape je tapi kalau Mieyra dh takde pape nak cakap dengan seseorang tu, situasi akan jadi macam *krikk krikk..

4) Perkara paling malu pernah terjadi ?
Jawapan : Nak bagitahu pun malu tapi kena bagitahu jugak.. Perkara paling memalukan bagi Mieyra ialah Mieyra tertukar bilik time mula mula masuk Uitm dulu. Orang dalam bilik tu tanye Mieyra carik sape? Mieyra just cakap cari kawan walaupun Mieyra bukan nak carik sape sape. Nk cover malu doe.. Hahaha

5) Benda yang korang paling sayang.
Jawapan : Benda kan? Benda yang Mieyra paling sayang ialah Mieyra punya lappy n telefon bimbit. Sayang sangat sangat.

6) Nama penuh korang apa?
Jawapan : Nama penuh Mieyra ialah Nur Azmira Azrin Binti Azha@Azhar

_____________________________________________________

6 Fakta tentang diri Mieyra :

1) Pemalu *Terutama dengan lelaki yang Mieyra tak kenal

2) Suka mengedit gambar

3) Suka tengok cerita korea

4) Seorang yang sabar

5) Sangat sensetif

6) Degil

__________________________________________________

5 Blog yang bagi Mieyra layak dapat Liebster Award :


2) Hana




___________________________________________________

6 Soalan yang perlu korang jawab :

1) Ape pengalaman menarik yang korang pernah alami

2) Pernah melancong tak? Sila nyatakan nama tempat tersebut

3) Waktu free korang buat ape?

4) Pernah ada crush tak? Nyatakan kenapa anda suka dia.

5) Seseorang yang korang perlu bila korang sedih ?

6) Warna kegemaran korang.

_________________________________________________

Okeh Mieyra dah selesai tugas Mieyra. Kepada yang Mieyra tag tu sorry k anda menjadi mangsa Mieyra hahaha. 

Addition kepada yang Mieyra tag : Sila tinggalkn link Liebster award yang korang buat kat comment dibawah ya! Mieyra nak baca hehehe .. Be sporting guys :D

Kbaii :)


5 comments:

Syadiya Khairul said...

terimakasih sis sudi join =)

Hana ;) said...

Hai thanks for tag me :p im done answering, take a look :D http://dont-promise.blogspot.my/2015/11/liebster-award.html

sofie adie said...

Good luck and all the best!

namy yul said...

namy submit jawapan,

http://thenamyblog.blogspot.my/p/la-by-mrs-naa.html

tq tag ;)

Miss Oren said...

submit jawapan.. maaf sebab lambat,

http://dotdotmissme.blogspot.my/p/the-liebster-award.html

Post a Comment